Sinar Harian
TEMERLOH - Dua lelaki ditahan disyaki terlibat kes larikan barang kemas dari sebuah kedai emas di di Jalan Ahmad Shah di sini, 27 April lalu.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek bekerja sebagai juruteknik barang elektrik dan buruh itu ditahan berasingan di Arau, Perlis dan Kuantan pada Ahad.Menurutnya, tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 46 tahun (juruteknik elektrik) pada 11.50 pagi di sebuah rumah di Kampung Padang Siding, Arau, Perlis."Suspek kedua ditahan kira-kira jam 10.45 malam hari sama di kawasan Perumahan Makmur Hijrah Jaya 4, Kuantan."Hasil siasat awal mendapati suspek pertama mengaku mencuri manakala suspek kedua berperanan sebagai pemandu kereta semasa kejadian," katanya.Mohd Nasyim berkata, suspek turut mengaku telah menjual barangan kemas yang dicuri."Kedua-dua suspek yang memiliki rekod lampau berkait jenayah dan dadah itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," ujarnya.Dalam kejadian 1.20 tengah hari 27 April lalu, salah seorang suspek memperdaya pemilik kedai emas dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan seutas rantai tangan anggaran berat lebih lapan gram bernilai kira-kira RM5,000.Kejadian itu tular selepas rakaman video litar tertutup (CCTV) di lokasi dimuat naik dan di kongsi di media sosial.
Go to News Site