Collector
Risiko harga beras meningkat | Collector
Risiko harga beras meningkat
Sinar Harian

Risiko harga beras meningkat

SHAH ALAM – Cadangan harga lantai belian padi pada kadar RM3,000 bagi setiap tan metrik disifatkan kurang realistik untuk dilaksanakan dalam keadaan semasa kerana berpotensi memberi tekanan kepada pengguna dan kewangan kerajaan.Penganalisis ekonomi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, cadangan itu melibatkan kenaikan 100 peratus berbanding kadar semasa sekitar RM1,500 satu tan metrik.Menurut beliau, kenaikan mendadak harga lantai itu boleh menyebabkan harga beras di pasaran turut meningkat sekiranya tiada mekanisme subsidi yang jelas dilaksanakan kerajaan."Kalau harga lantai dinaikkan sehingga RM3,000, persoalannya siapa yang akan tanggung tambahan RM1,500 itu sama ada pengguna atau kerajaan."Kalau harga pasaran ikut sekali naik, akhirnya pengguna yang akan menanggung beban melalui kenaikan harga beras," katanya.Pada Ahad, Perikatan Nasional (PN) bersedia menetapkan harga lantai belian padi pada kadar RM3,000 bagi setiap tan metrik sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Komitmen itu menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan dimasukkan dalam manifesto gabungan berkenaan sebagai usaha meningkatkan pendapatan pesawah serta memperkukuh sektor agromakanan negara.Jelasnya, kadar semasa sekitar RM1,500 per tan metrik dilihat tidak lagi mencukupi dan kenaikan kepada RM3,000 adalah munasabah bagi menjamin kelangsungan hidup pesawah.Mengulas lanjut, Nuradli Ridzwan Shah berkata, sekiranya kerajaan mahu mengekalkan harga beras pada kadar semasa tetapi membayar harga lebih tinggi kepada pengeluar, kerajaan perlu menyediakan subsidi tambahan yang besar.Ujarnya, mekanisme itu bermaksud kerajaan menanggung perbezaan harga antara kadar pasaran dan harga lantai baharu bagi memastikan pesawah mendapat pulangan lebih tinggi tanpa menekan pengguna."Langkah itu akan beri implikasi besar terhadap kedudukan fiskal negara memandangkan kerajaan ketika ini sudah menanggung pelbagai bentuk subsidi lain."Beban subsidi yang terlalu tinggi berisiko menjejaskan keupayaan kerajaan untuk mengekalkan perbelanjaan dalam sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan bantuan kepada pesawah tidak semestinya dilakukan melalui kenaikan harga lantai belian padi.Sebaliknya katanya, kerajaan boleh mempertimbangkan kaedah lebih bersasar seperti pemberian baucar, subsidi baja atau bantuan input pertanian secara langsung kepada pengeluar."Kaedah ini lebih praktikal kerana dapat bantu pesawah meningkatkan pendapatan tanpa menyebabkan harga beras melonjak di pasaran."Pada masa sama, ia dapat mewujudkan situasi menang-menang antara pesawah, pengguna dan kerajaan tanpa mencetuskan herotan pasaran," katanya.

Go to News Site