Sinar Harian
SUBANG JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari sebuah rumah di Kampung Tengah Batu 13 Puchong, di sini sejak Ahad.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Muhammad Adam Khairul Izwan pada jam 9.04 pagi Isnin."Muhammad Adam berketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis, berambut pendek berwarna hitam, berhidung kembang, bermata bulat dan berbibir tebal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-2340141 bagi membantu siasatan," katanya.
Go to News Site