Collector
Wanita 70 tahun ditemui mati dibunuh | Collector
Wanita 70 tahun ditemui mati dibunuh
Sinar Harian

Wanita 70 tahun ditemui mati dibunuh

IPOH – Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman di sini pada Isnin.Polis menerima maklumat kejadian itu sekitar jam 10 malam melibatkan mangsa berusia 70 tahun.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa yang dipercayai akibat ditetak.Menurutnya, pemeriksaan di lokasi menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut."Kejadian dimaklumkan sendiri oleh anak mangsa. Buat masa ini masa sebenar kejadian belum dapat dipastikan."Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal, kejadian mungkin berlaku dalam tempoh antara jam 4.45 petang hingga 10 malam iaitu kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah sehingga ditemui dibunuh," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Beliau berkata, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga jiran mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.Katanya, lelaki terbabit didapati pernah menerima rawatan pesakit psikiatri i Hospital Bahagia Ulu Kinta pada Februari lalu."Motif kejadian masih dalam siasatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Go to News Site