Collector
Tuntutan palsu: Penjawat awam, kontraktor direman 5 hari | Collector
Tuntutan palsu: Penjawat awam, kontraktor direman 5 hari
Sinar Harian

Tuntutan palsu: Penjawat awam, kontraktor direman 5 hari

MELAKA - Seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan bersama seorang kontraktor wanita direman lima hari bermula Selasa oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini selepas disyaki mengemukakan dokumen tuntutan palsu dianggarkan berjumlah RM15,000, tahun lalu.Perintah reman sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Menurut sumber, kedua-dua wanita berusia 41 dan 43 tahun itu dipercayai terlibat mengemukakan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan serta pembekalan barangan pejabat pada Disember lalu.Difahamkan, penjawat awam berkenaan ditahan pada jam 7.10 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka, manakala kontraktor wanita itu ditahan kira-kira sejam lebih awal iaitu pada jam 6.10 petang di lokasi sama.Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.Terdahulu kedua-dua OKT itu tiba di mahkamah jam 9.10 pagi kenderaan khas SPRM dengan berpakaian lokap serta bergari.

Go to News Site