Collector
Draf pindaan Akta MARA akan dibentang 3 minggu dari sekarang - Zahid Hamidi | Collector
Draf pindaan Akta MARA akan dibentang 3 minggu dari sekarang - Zahid Hamidi
Sinar Harian

Draf pindaan Akta MARA akan dibentang 3 minggu dari sekarang - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) mampu disiapkan lebih awal.Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri akan membentangkannya dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.Menurutnya, ia bukan kerana riak, tetapi persiapan telah pun dilakukan."Kita bukan lagi generasi sebelum merdeka. Kita adalah generasi pascamerdeka yang memikul tanggungjawab besar."Menerusi peranan semua pihak, insya-ALLAH kita akan memastikan MARA terus cemerlang, malah lebih baik daripada ketika ia mula ditubuhkan."Namun, kita tidak mahu sekadar retorik. Selain fokus kepada pendidikan, teknologi dan bidang lain, apakah teras utama Akta MARA yang baharu ini? Jawapannya ialah tatakelola," ujarnya ketika hadir pada Perhimpunan Kami Gen MARA di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya draf pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) disiapkan dalam tempoh tiga bulan.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu termasuk memperkemas fungsi MARA sebagai payung besar ekonomi Bumiputera serta pusat sehenti pembangunan menerusi penyelarasan pelbagai agensi dan dasar berkaitan.Beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada aspek tadbir urus bagi memastikan agensi Bumiputera itu bukan sahaja lantang menyuarakan kepentingan, tetapi lebih tegas dalam melaksanakan tatakelola yang baik.Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu, tatakelola dalam pengurusan, pelaburan, pelaksanaan ekosistem pendidikan, pembangunan usahawan dan dalam mendepani teknologi baharu perlu diperkukuhkan.Jelasnya, MARA tidak lagi hanya relevan kepada masyarakat luar bandar, tetapi kepada seluruh Bumiputera walau di mana sahaja mereka berada, termasuk di bandar."Akta baharu ini mesti mencerminkan realiti tersebut agar MARA terus berfungsi sebagai institusi yang inklusif dan progresif."Hak Bumiputera mesti dipertahankan kerana ia termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia, ini agenda nasional."Pada masa sama, kerajaan tidak pernah meninggalkan kepentingan masyarakat lain," ujarnya.

Go to News Site