Collector
Pekerja stesen minyak warga Bangladesh, guna MyKad beli RON95 didenda RM10,000 | Collector
Pekerja stesen minyak warga Bangladesh, guna MyKad beli RON95 didenda RM10,000
Sinar Harian

Pekerja stesen minyak warga Bangladesh, guna MyKad beli RON95 didenda RM10,000

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh menggunakan MyKad milik dua individu untuk membeli petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Md Jakir Hossain, 50, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Aina Azahra Arifin.Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama 14 bulan, sekiranya gagal membayar denda itu.Mengikut semua pertuduhan, Md Jakir didakwa memiliki dan menggunakan dua kad pengenalan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita (31 tahun) tanpa kuasa atau alasan yang sah bagi pembelian petrol itu.Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Jalan Pahang di sini antara 8 Februari dan 22 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian yang dialami mangsa daripada kuota petrol bersubsidi mereka."Tertuduh mempunyai pilihan untuk memulangkan kad pengenalan tersebut namun tetap meneruskan pembelian petrol walaupun mengetahui MyKad itu bukan miliknya," katanya.Bagaimanapun, peguam, Carmen Low merayu anak guam didenda pada kadar minimum perlu menanggung keluarga dan mengaku insaf atas perbuatan yang dilakukan.Berdasarkan siasatan kes, wanita yang juga pemilik MyKad berkenaan, mendapati baki subsidi BUDI95 miliknya berkurang daripada 94.937 liter kepada 44.637 liter.Beliau yang juga akauntan mengesyaki kad pengenalannya hilang dan telah disalahguna untuk mengisi petrol bersubsidi tanpa izin.Susulan semakan rakaman kamera litar tertutup, tertuduh berjaya ditahan dan pemeriksaan di bilik sewanya menemui dua kad pengenalan milik kedua-dua mangsa.

Go to News Site