Sinar Harian
PUTRAJAYA - Proses merekod keterangan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan disambung pada hari ketiga, Rabu.Langkah itu bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited, United Kingdom (UK) dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.Rakaman percakapan Rafizi pada Selasa dijalankan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan berlangsung selama kira-kira sembilan jam.Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, rakaman percakapan Rafizi pada hari kedua selesai kira-kira jam 7 petang."Rafizi telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar jam 10 pagi."Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari ketiga esok (Rabu) yang dijangka dibuat pada sebelah petang," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan keterangan Ahli Parlimen Pandan itu akan direkodkan pada 4 Mei (Isnin) bagi membantu siasatan.SPRM memaklumkan sebanyak 22 keterangan telah diambil, termasuk dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.SPRM sebelum itu juga telah mengambil keterangan bekas pegawai Rafizi, iaitu Chai Jin Shern atau James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula 28 April.Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Go to News Site