Collector
Budak perempuan melecur jari telunjuk kena renjatan elektrik pengering rambut | Collector
Budak perempuan melecur jari telunjuk kena renjatan elektrik pengering rambut
Sinar Harian

Budak perempuan melecur jari telunjuk kena renjatan elektrik pengering rambut

NILAI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melecur pada jari telunjuk kanan akibat terkena renjatan elektrik daripada alat pengering rambut yang telah rosak di rumahnya di Labu di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 6.28 pagi daripada seorang pegawai perubatan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa memegang wayar alat pengering rambut yang telah rosak dan reput semasa ibunya sedang menguji peralatan itu untuk tujuan jualan."Tindakan mangsa merentap wayar tersebut telah menyebabkan berlakunya kebocoran arus elektrik dan mengakibatkan mangsa terkena renjatan pada bahagian jari telunjuk kanan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk rawatan lanjut.Tambahnya, pemeriksaan perubatan termasuk ujian jantung mendapati mangsa berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang komplikasi serius dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemantauan lanjut."Hasil siasatan polis mendapati kejadian adalah bersifat kemalangan domestik dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, kecuaian melampau atau pengabaian."Sehubungan itu, kes diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) selaras dengan Seksyen 110 Kanun Tatacara Jenayah kerana tiada keterangan yang mencukupi untuk mengaitkan mana-mana pihak dengan kesalahan jenayah."Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan peralatan elektrik di rumah berada dalam keadaan selamat dan tidak menggunakan peralatan yang telah rosak atau usang bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang," katanya.

Go to News Site