Collector
Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya | Collector
Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya
Sinar Harian

Kuota haji Malaysia ditutup sepenuhnya

MAKKAH – Kuota haji Malaysia bagi musim ini disahkan ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi.Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah tersebut tahun ini.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, pengisian akhir dibuat susulan penangguhan saat akhir oleh sebahagian jemaah atas faktor seperti kematian, kemalangan dan masalah kesihatan, dengan kekosongan diganti segera tertakluk kepada kelulusan sistem Nusuk serta pemeriksaan kesihatan.Menurut beliau, setiap kekosongan akan segera diisi oleh calon lain dalam senarai menunggu, yang lazimnya perlu memberikan maklum balas dalam tempoh singkat serta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera."Lembaga Tabung Haji sememangnya mempunyai susunan tersendiri bagi menentukan keutamaan individu yang dipilih menggantikan tempat yang ditolak," katanya dalam satu kenyataan.Dalam perkembangan sama, Mohd Hisham memaklumkan setakat minggu ketiga operasi haji, seramai 15,175 jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci, bersamaan 48 peratus daripada keseluruhan jadual penerbangan.

Go to News Site