Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Polis membongkar kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pembekal tidak wujud dengan menawarkan cenderahati dan barangan makanan, menyebabkan mangsa kerugian selepas membuat bayaran.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menyamar sebagai wakil agensi kerajaan atau syarikat swasta bagi membuat tempahan pukal cenderahati atau bekalan makanan."Mereka akan menghubungi mangsa seolah-olah membuat pesanan sah."Selepas urusan dibuat dan bayaran diselesaikan, barangan tersebut tidak pernah dihantar," katanya ketika dihubungi.Beliau mendedahkan, setakat tahun ini, sebanyak 80 kes direkodkan di seluruh negara melibatkan kerugian RM1.9 juta."Sebagai perbandingan, sebanyak 241 kes direkodkan pada tahun 2025 dengan jumlah kerugian melebihi RM8 juta, menunjukkan kes masih berlaku walaupun jumlah kerugian berubah-ubah," katanya.Rusdi berkata, penipuan ini walaupun dilihat mudah, namun masih berjaya memperdaya mangsa."Ia mudah. Mereka hubungi untuk membuat tempahan cenderahati atau makanan, mengaku dari agensi penguat kuasa atau organisasi, membuat urusan bayaran tetapi barangan tidak sampai."Kita akan terus mempergiat usaha kesedaran dengan berkongsi bahan visual dan penerangan berkaitan modus operandi penipuan berkenaan menerusi media bagi membantu orang ramai lebih berwaspada," katanya.
Go to News Site