Collector
Tindakan pantas NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta wang mangsa penipuan | Collector
Tindakan pantas NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta wang mangsa penipuan
Sinar Harian

Tindakan pantas NSRC berjaya pulangkan RM9.24 juta wang mangsa penipuan

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM9.24 juta wang hasil penipuan berjaya dipulangkan semula kepada mangsa menerusi tindakan bersepadu Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang memberi respons pantas membanteras jenayah penipuan dalam talian.Jumlah itu direkodkan bermula 12 Oktober hingga 31 Mac lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 363,817 panggilan berkaitan penipuan dalam talian direkodkan dengan 77,771 jumlah laporan polis dibuat.Menurutnya, NSRC berjaya mengesan 296,567 akaun bank yang dikenal pasti berkaitan aktiviti penipuan dengan jumlah kerugian mencecah RM1 bilion selain tindakan sitaan di bawah peruntukan undang-undang bernilai RM29.1 juta."Bagi tempoh tiga bulan setakat Mac tahun ini sahaja, jumlah panggilan diterima NSRC sebanyak 55,619 dengan 11,486 laporan polis dibuat."Jumlah akaun dikesan pula sebanyak 41,389 melibatkan kerugian mencecah RM101.79 juta, manakala sitaan dilaksanakan berjumlah RM4.23 juta."Tempoh tiga bulan ini juga mencatatkan RM1.93 juta wang pemulangan kepada mangsa," katanya.Beliau berkata, statistik ini jelas menunjukkan bahawa NSRC memainkan peranan kritikal sebagai pusat respons pantas mengendalikan kes penipuan dalam talian khususnya mengesan aliran wang, tindakan pembekuan akaun dan membantu meningkatkan kadar pemulangan wang kepada mangsa.Tambahnya, pendekatan bersepadu ini membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSJK dalam memperkukuh keupayaan menangani jenayah komersial serta melindungi kepentingan kewangan rakyat."Hubungi NSRC segera melalui talian 997 sekiranya menjadi mangsa dan mempunyai sebarang maklumat jenayah penipuan dalam talian," ujarnya.Tegasnya, JSJK mengingatkan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan penipuan."Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat dan diperluaskan termasuk mengesan dalang utama, rangkaian kewangan serta mana-mana pihak yang bersubahat dalam jenayah ini," ujarnya.NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.

Go to News Site