Sinar Harian
MAKKAH – Kehadiran ustaz atau ustazah selebriti dalam pakej haji swasta bukan perkara luar biasa, namun hanya individu yang memiliki tauliah Tabung Haji (TH) dibenarkan memberi bimbingan dan penerangan berkaitan ibadah haji.Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Anwar Ahmad menegaskan, sebarang urusan berkaitan ibadah haji tidak boleh disampaikan oleh individu yang tidak mendapat tauliah rasmi."Mereka boleh bawa sesiapa termasuk selebriti, namun yang boleh bercakap mengenai urusan haji hanyalah yang mempunyai tauliah," katanya.Menurut beliau, setiap syarikat PJH diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang guru agama yang ditauliahkan oleh TH bagi memastikan jemaah mendapat bimbingan tepat sepanjang berada di Tanah Suci.Katanya, keperluan itu penting kerana ibadah haji melibatkan rukun dan wajib yang perlu difahami dengan jelas oleh setiap jemaah.Beliau berkata, penetapan itu bertujuan mengelakkan kekeliruan sekiranya maklumat ibadah disampaikan oleh individu yang tidak mempunyai kelayakan."Kehadiran selebriti atau figura tertentu dalam pakej haji hanya sebagai nilai tambah dan tidak melibatkan urusan bimbingan ibadah," tambahnya.Dalam pada itu, Anwar berkata, TH sentiasa memantau pematuhan syarikat PJH termasuk keperluan menyediakan pembimbing bertauliah.Katanya, mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat boleh dikenakan tindakan termasuk tidak diluluskan lesen bagi musim berikutnya.Penetapan itu penting bagi memastikan jemaah haji Malaysia menerima bimbingan yang sahih dan selaras dengan garis panduan ditetapkan.
Go to News Site