Sinar Harian
BATU PAHAT – Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman selama tiga hari terhadap seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang murid sekolah di Parit Sulong.Perintah reman terhadap suspek berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bermula Rabu hingga Jumaat ini.Permohonan reman dibuat bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8 pagi diiringi anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sebelum dibawa ke kamar mahkamah untuk prosiding reman.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa, mangsa, Nur Aini Humairah, 8, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, meninggal dunia selepas dilanggar van di hadapan pintu pagar utama sekolahnya.Jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustafa, Parit Sulong, pada malam Selasa.
Go to News Site