Collector
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri | Collector
Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri
Sinar Harian

Amaran hujan lebat, ribut petir di sembilan negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan pada jam 2 petang itu melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak termasuk Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Kerian, Larut, Matang serta Selama.Turut terjejas ialah kawasan di Selangor seperti Hulu Perak, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Di Negeri Sembilan, kawasan terlibat termasuk Seremban dan Port Dickson, manakala di Melaka melibatkan Jasin.Bagi Johor, kawasan terjejas ialah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, amaran melibatkan kawasan Kuching, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat, Kapit, Song, Bukit Mabong, Bintulu, Miri serta Limbang.Di Sabah pula, kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Kudat dijangka terjejas termasuk Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Go to News Site