Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Bangladesh diberkas dipercayai terlibat dalam lima kejadian cabul membabitkan wanita di beberapa stesen MRT dan LRT sekitar ibu negara sejak April lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan pada 27 April lalu kira-kira jam 11.45 pagi di pekarangan Stesen MRT Maluri.Menurutnya, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai terlibat dalam lima kejadian cabul membabitkan mangsa wanita berusia antara 21 hingga 28 tahun."Kesalahan itu dipercayai dilakukan di Stesen LRT Chan Sow Lin, MRT Maluri Cheras dan MRT Taman Midah."Suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Fadil berkata, suspek berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.Katanya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu sekali.
Go to News Site