Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan gaya hidup moden, keperluan terhadap makanan sihat yang mudah disediakan semakin menjadi pilihan masyarakat, khususnya bagi memastikan pengambilan nutrisi harian sentiasa mencukupi.Seiring keperluan itu, jenama makanan kesihatan, Happy Grains tampil menawarkan penyelesaian praktikal menerusi produk bijirin yang diformulasikan dengan 46 nutrien penting serta komponen di-peptida bagi menyokong kesejahteraan pengguna.Diasaskan oleh Dr Goh Kiam Seng, jenama tersebut dilihat semakin mendapat tempat dalam pasaran makanan kesihatan apabila produk yang ditawarkan bukan sahaja menekankan aspek nutrisi, malah mengekalkan keseimbangan rasa.Menurut Dr Goh, pendekatan Happy Grains berpaksikan kepada kepercayaan bahawa kesihatan tidak seharusnya menjadi keistimewaan golongan tertentu, sebaliknya perlu dijadikan amalan harian yang mudah untuk semua."Dengan slogan ‘Dari Secawan Ke Setiap Rumah: Membawa Kesihatan Kepada Keluarga’, kami percaya walaupun bijirin ini kecil, ia mengandungi khasiat nutrisi dan manfaat kesihatan yang besar."Happy Grains menyasarkan untuk membantu pengguna moden yang sibuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka melalui setiap cawan, sekali gus menjadikan kesihatan sebagai sebahagian semula jadi dalam kehidupan seharian," katanya.Beliau berkata, peningkatan kesedaran pengguna terhadap kepentingan nutrisi seimbang dan kualiti hidup mendorong pihaknya untuk terus memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).Katanya, inovasi berterusan itu membolehkan produk yang dihasilkan bukan sahaja berasaskan sains pemakanan, tetapi turut memenuhi cita rasa pengguna."Tawaran produk yang kaya dengan 46 nutrien penting dan komponen di-peptida memberikan sokongan nutrisi menyeluruh, sekali gus membantu pengguna mengamalkan gaya hidup sihat walaupun dalam jadual harian yang padat."Melalui komitmen berterusan terhadap kualiti dan inovasi, Happy Grains berjaya meningkatkan nilai produk serta pengaruh jenamanya, selain meraih kepercayaan pengguna secara meluas," ujarnya.Dalam pada itu, pencapaian jenama tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila Happy Grains dicatatkan oleh The Asia Records sebagai Jenama Bijirin Sihat Paling Laris bagi tahun 2025.Menurut Dr Goh, pengiktirafan itu mengukuhkan lagi kedudukan Happy Grains sebagai antara peneraju dalam segmen bijirin sihat, selain mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui produk padat nutrien.Happy Grains juga disenaraikan dalam Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama serta laman sesawang rasmi mereka.
Go to News Site