Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kenderaan dilaporkan terperangkap dalam kejadian banjir kilat di tiga lokasi sekitar ibu negara susulan hujan lebat pada Rabu.Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 sebelum menggerakkan pasukan Bomba dan Penyelamat ke semua lokasi terlibat.Kejadian banjir dilaporkan berlaku di Jalan Awan Kecil, Taman OUG; Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama; serta Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban menghala Sri Petaling.Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak lima buah kereta terperangkap dalam banjir di Jalan Awan Kecil."Manakala di Jalan Kuchai Lama menghala Jalan Klang Lama pula, dua buah kereta turut terperangkap dalam banjir."Sementara itu, di Terowong Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban menghala Sri Petaling, sebuah kenderaan dilaporkan terperangkap akibat takungan air dalam terowong berkenaan," katanya.Menurutnya, anggota bomba yang terlibat dalam operasi itu terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, BBP Seputeh dan BBP Bukit Jalil."Anggota bomba telah menjalankan pemantauan di kawasan sekitar dan memastikan keadaan terkawal serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Go to News Site