Sinar Harian
BEAUFORT - Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang pada petang Rabu, di Kampung Lumadan, ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran rumah pekerja di kawasan tersebut.Vin Aaric Victor, 7, ditemukan pada jam 7.40 pagi iaitu pada jarak kira-kira 3.5 kilometer dari dia dilaporkan hilang di rumahnya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Ishak Jabas berkata, pada awalnya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan membuat pencarian menggunakan anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Anggota kita telah berada di lokasi untuk perancangan seterusnya."Tetapi maklumat terbaharu diterima, mangsa sah sudah ditemui di lokasi kira-kira 3.5 kilometer dari rumahnya pada jam 7.40 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.AKAN MENYUSUL
Go to News Site