Collector
'Seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit' | Collector
'Seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit'
Sinar Harian

'Seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit'

TANJUNG SEPAT - Kegiatan seleweng gas petroleum cecair (LPG) dipercayai sejak sebulan lalu di kawasan ladang kelapa sawit di sini dibongkar pada Rabu.Op Tiris 4.0 itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hasil maklumat dan risikan.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, serbuan kira-kira jam 3 petang itu berjaya memberkas dua lelaki warga Indonesia yang sedang menjalankan pemindahan atau 'decanting' tong LPG 14 kilogram (kg) bersubsidi ke tong gas LPG 50 kg komersial.Menurutnya, pasukan serbuan turut menemui beberapa peralatan seperti hos penyambung dan beberapa bungkusan beg plastik berisi ais bagi melakukan 'decanting'."Ais tersebut dipercayai digunakan sebagai teknik decanting konvesional."Bekalan LPG subsidi dipercayai diperoleh daripada pemborong berlesen sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek, Selangor."Berdasarkan maklumat awal ini, KPDN Selangor akan memfokuskan siasatan rantaian pembekalan yang membawa kepada aktiviti tidak bertanggungjawab ini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, KPDN Selangor mengesyaki LPG berkapasiti 50kg yang berisi LPG bersubsidi dijual kepada pihak industri dengan harga yang lebih rendah berbanding harga sebenar mengikut pasaran.Jelas beliau, sitaan telah dibuat ke atas tong LPG pelbagai jenama berkapasiti 14kg dan 50kg dianggarkan mencecah 250 unit dengan anggaran jumlah berat LPG mencecah 3,000kg selain alat timbang pelantar."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM400,000," ujarnya.Katanya lagi, KPDN Selangor berjaya melumpuhkan ketirisan subsidi LPG subsidi negara dianggarkan bernilai RM750,000."Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta mengenalpasti rantaian pengedaran."KPDN Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti haram ini serta akan sentiasa menggerakkan anggota penguat kuasa mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan Op Tiris 4.0," ujarnya.

Go to News Site