Collector
'Padi', 'Amir' dalang sindiket cap imigresen palsu diberkas | Collector
'Padi', 'Amir' dalang sindiket cap imigresen palsu diberkas
Sinar Harian

'Padi', 'Amir' dalang sindiket cap imigresen palsu diberkas

KUALA LUMPUR - Sindiket yang berselindung di sebalik platform aplikasi sosial WhatsApp, Telegram dan TikTok dengan menawarkan pemalsuan perakuan (endorsement) imigresen ditumpaskan menerusi dua serbuan Selasa lalu.Serbuan yang digerakkan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya itu di di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur serta Taman Dagang, Ampang bermula jam 12 tengah hari.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi khas hasil risikan sebulan berjaya menahan dua lelaki Indonesia dikenali 'Padi' dan 'Amir' dipercayai dalang sindiket.Menurutnya, suspek didapati tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini."Suspek bernama ‘Amir’ pernah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Jun tahun lalu atas kesalahan sama dan telah dihantar pulang ke negara asal serta disenaraihitamkan dalam sistem jabatan."Namun, suspek dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk yang tidak diwartakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, modus operandi sindiket ialah menyediakan ‘perkhidmatan Imigresen’ dengan menawarkan endorsement masuk dan keluar JIM dipercayai palsu bagi warga Indonesia yang berada di Lembah Klang dan telah tinggal lebih masa di negara ini.Katanya, sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu.Jelas Zakaria, suspek menggunakan platform sosial Whatsapp, Telegram dan Tik Tok untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran sebanyak RM100 hingga RM350 bagi setiap perakuan dengan pembayaran dilakukan secara dalam talian.Menerusi serbuan itu, JIM telah merampas 20 unit Cap Keselamatan JIM dipercayai palsu, 16 naskhah pasport Indonesia, Surat Perjalanan Laksana Pasport Indonesia (4 naskhah), telefon bimbit (2 unit), satu (1) unit komputer riba (1 unit), mesin pencetak (1 unit) dan mesin pengimbas (1 unit)."Turut disita, dua kenderaan jenis Proton Exora dan Nissan Almera yang digunakan oleh sindiket terbabit," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63.

Go to News Site