Collector
Tiga lelaki cuba samun premis pajak gadai jadi buruan polis | Collector
Tiga lelaki cuba samun premis pajak gadai jadi buruan polis
Sinar Harian

Tiga lelaki cuba samun premis pajak gadai jadi buruan polis

SUBANG JAYA - Tiga lelaki bertutup muka dan bersenjata parang menjadi buruan polis selepas cuba menyamun sebuah kedai pajak gadai di Puchong Prima di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan kejadian diterima pihaknya pda Isnin lalu."Semasa kejadian, tiga suspek lelaki dalam keadaan bertutup muka dan bersenjatkan objek seperti parang telah cuba untuk memasuki ke ruang kaunter kedai, tetapi gagal."Suspek kemudian terus melarikan diri sebelum pengurus premis membunyikan penggera keselamatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil menyalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 bagi membantu siasatan.Katanya, segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan rompakan.

Go to News Site