Collector
Warga Bangladesh sanggup bayar RM15,000 seludup masuk Malaysia | Collector
Warga Bangladesh sanggup bayar RM15,000 seludup masuk Malaysia
Sinar Harian

Warga Bangladesh sanggup bayar RM15,000 seludup masuk Malaysia

PETALING JAYA - Geng Shafik yang aktif menyeludup warga Bangladesh sejak Februari lalu berjaya dilumpuhkan selepas rumah yang digunakan bagi tempat persembunyian dan transit migran di sini digempur Selasa lalu.Operasi khas itu digerakkan Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya hasil maklumat dan risikan.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pada jam 2 petang di kawasan lot kedai itu berjaya menahan sembilan warga Bangladesh yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia.Menurutnya, maklumat awal mendapati imigran-imigran ini telah masuk ke negara jiran sekitar dua hari sebelum diseludup masuk ke Malaysia."Pasukan serbuan juga menahan dua lelaki Bangladesh disyaki sebagai ahli sindiket yang berperanan sebagai penyelaras (fasilitator) dan penjaga rumah transit."Sindiket menyediakan perkhidmatan membawa masuk warga asing ke dalam negara menggunakan laluan negara ketiga dan masuk secara haram melalui Kelantan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, warga asing terbabit kemudian akan dibawa ke Lembah Klang sebelum dihantar ke destinasi tertentu.Dedah Zakaria, sindiket itu mengenakan kadar bayaran RM12,000 hingga RM15,000 bagi setiap imigran yang diseludup dan dianggarkan telah mengaut keuntungan sebanyak RM1.6 juta sejak beroperasi."Kesemua tangkapan berumur lingkungan 20 hingga 49 tahun telah ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," ujarnya.Tegas beliau, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan ATIPSOM 2007 agar kestabilan dan kemakmuran negara sentiasa terpelihara.

Go to News Site