Collector
150 PATI, 15 majikan ditahan dalam operasi seluruh negara | Collector
150 PATI, 15 majikan ditahan dalam operasi seluruh negara
Sinar Harian

150 PATI, 15 majikan ditahan dalam operasi seluruh negara

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur 32 lokasi seluruh negara dan menahan 150 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta 15 majikan, Isnin lalu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kesemua PATI ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, manakala majikan kerana disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah."JIM memandang serius isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), khususnya melibatkan warga asing bekerja tidak mengikut sektor yang diluluskan."Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar syarat pas, termasuk pembatalan pas dan tindakan pengusiran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, JIM memberi penekanan terhadap tindakan perundangan ke atas majikan yang didapati menggajikan pekerja asing tanpa pas yang sah.Jelasnya, pendakwaan akan dilaksanakan tanpa kompromi bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan eksploitasi tenaga kerja asing di negara ini."JIM akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara dalam usaha membanteras kehadiran PATI serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen," ujarnya.Kata Zakaria, pihaknya akan terus komited dalam memperkukuh penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen negara."Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI atau aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan," ujarnya.

Go to News Site