Collector
Rosmaini didakwa pukul isteri guna kerusi, getah paip, penyangkut besi | Collector
Rosmaini didakwa pukul isteri guna kerusi, getah paip, penyangkut besi
Sinar Harian

Rosmaini didakwa pukul isteri guna kerusi, getah paip, penyangkut besi

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada Khamis atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan pelbagai objek pada Mac dan bulan lalu.Walaubagaimanapun, tertuduh, Rosmaini Abdul Raof, 43, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya, Nurfitri Moktar, 39, dengan menggunakan kerusi plastik dan getah paip di sebuah rumah di Bandar Amanjaya kira-kira jam 5 petang pada 29 Mac lalu.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa sekali lagi memukul mangsa menggunakan penyangkut baju dan penyangkut besi di lokasi sama kira-kira jam 9 pagi pada 23 April lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.Dalam prosiding sama, pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh tidak boleh dijamin kerana sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.Bagaimanapun, peguam bela memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai dua isteri serta menanggung 11 anak, termasuk tujuh yang masih bersekolah.Mahkamah bagaimanapun menetapkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin dan menetapkan 16 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.Sebelum ini, media melaporkan mangsa cedera parah di beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di sini.Akibat perbuatan lelaki itu, mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.Suspek yang melarikan diri kemudiannya ditahan polis di sekitar Alor Setar.Polis turut mengesahkan tertuduh adalah individu sama yang pernah disabitkan kesalahan memukul isteri dalam satu kes di Johor Bahru pada tahun 2021.

Go to News Site