Collector
Warga Nigeria disyaki mabuk, rosakkan meja restoran dicari polis | Collector
Warga Nigeria disyaki mabuk, rosakkan meja restoran dicari polis
Sinar Harian

Warga Nigeria disyaki mabuk, rosakkan meja restoran dicari polis

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Nigeria dipercayai mabuk dan merosakkan meja di sebuah restoran dim sum di Jalan Klang Lama di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, kejadian kira-kira jam 1.56 pagi itu menyebabkan pelanggan panik dan melarikan diri kerana bimbang dicederakan oleh suspek."Kita telah menerima laporan daripada pemilik restoran berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi, Selasa."Hasil siasatan awal mendapati pengadu tidak mengenali suspek dan hanya melihat lelaki terbabit buat kali pertama ketika kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Chan Hook berkata, suspek bertindak menterbalikkan meja di sekitar restoran sehingga menyebabkan kerosakan."Pengadu juga tidak berani menghalang tindakan suspek kerana bimbang dicederakan. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku sepanjang kejadian."Semakan di lokasi kejadian mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam insiden terbabit," katanya.Beliau berkata, identiti suspek masih belum dikenal pasti."Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Go to News Site