Sinar Harian
JOHOR BAHRU- Seorang peniaga barangan berjenama dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan menipu jualan beg tangan Hermes Mini Lindy yang tidak wujud, tahun lalu.Tertuduh, Christina Tseu Cheau Wei, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret A Shaarmini.Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menipu seorang wanita berusia 53 tahun dengan sengaja memperdayakan mangsa untuk membuat transaksi kemasukan wang sebanyak RM41,288 ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya bagi pembelian beg tangan jenama Hermes Mini Lindy yang tidak wujud.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada kira-kira jam 11.31 pagi sebuah kondominium di Jalan Sri Laguna 1, Taman Laguna di sini pada 26 Ogos 2025.Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam menawarkan jaminan RM10,000 namun peguam bela, Jason Tan Ka Yan memohon jumlah dikurangkan."Tertuduh yang mempunyai dua anak berusia 12 dan 17 tahun tidak mempunyai pendapatan yang tetap selain menjaga ibunya yang menghidap kanser darah," katanya.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 9 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.Terdahulu, mangsa membuat laporan polis pada 2 Mei lalu selepas mendakwa tidak menerima beg berjenama mewah berkenaan daripada tertuduh meskipun telah membuat pembayaran.
Go to News Site