Sinar Harian
MELAKA - Tindakan berani seorang lelaki Kemboja menebang pokok gaharu di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh membawa padah apabila dia diberkas polis, pada Isnin lalu.Lelaki berstatus penduduk tetap (PR) berusia 40 tahun itu ditahan selepas perbuatannya disedari pegawai hutan yang melihat suspek sedang memasukkan kayu berkenaan ke dalam kenderaannya berhampiran lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 pagi sebelum laporan polis dibuat jam 2.35 petang hari sama."Sewaktu rondaan dilakukan di kawasan berkenaan bersama seorang pegawai hutan, pengadu menemui sebatang pokok karas atau gaharu dipercayai ditebang secara tidak sah."Hasil pemerhatian mendapati pokok itu telah tumbang dan terdapat kesan tebangan menggunakan alat tajam," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan parang untuk menebang pokok berkenaan bagi mendapatkan isi gaharu.Katanya, suspek berjaya ditahan di kawasan parkir berhampiran tempat kejadian pada hari sama."Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan sebuah kereta jenis Proton Preve berwarna kelabu, sebilah parang bersarung biru, satu karung guni dan lima keping kayu dipercayai daripada pokok ditebang."Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan narkotik, namun ujian saringan air kencing didapati negatif dadah," katanya.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.Menurutnya, suspek direman selama empat hari hingga 8 Mei bagi membantu siasatan lanjut.
Go to News Site