Collector
Selangor enggan lepaskan peluang ke final | Collector
Selangor enggan lepaskan peluang ke final
Sinar Harian

Selangor enggan lepaskan peluang ke final

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon menegaskan skuad Gergasi Merah tidak akan mensia-siakan kelebihan tipis yang dimiliki menjelang aksi separuh akhir kedua Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Nam Dinh FC, Rabu depan.Meskipun membawa bekalan satu gol hasil kemenangan 2-1 di laman sendiri, Pan-gon mengakui beliau tidak mahu pasukannya terlalu selesa memandangkan kelab dari Vietnam itu memiliki rekod yang cukup ampuh apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri."Tidak, tidak. Kita hanya ada satu matlamat di hadapan. Walaupun kita mempunyai kelebihan, mengapa saya perlu berasa selesa? Kita tahu Nam Dinh adalah pasukan yang sangat kuat di laman sendiri."Kami akan bersedia sepenuhnya untuk perlawanan ini. Kami akan tampil dengan sistem yang lebih mantap dan kami tidak akan melepaskan peluang ini (untuk ke perlawanan akhir)," katanya.Mengulas mengenai jangkaan taktikal di Stadium Thien Truong nanti, bekas pengendali Harimau Malaya itu menjangkakan tentangan sengit dan serangan bertali arus daripada pihak lawan bagi memadamkan kelebihan Selangor.Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa Selangor juga mempunyai 'taring' yang mampu menghukum benteng pertahanan lawan menerusi serangan balas pantas."Ia pastinya sangat sukar. Kami menjangkakan mereka akan menyerang kami, jadi kita akan lihat sejauh mana kami mampu bertahan."Namun, mereka juga perlu tahu bahawa kami mempunyai ramai penyerang yang berkualiti. Kami juga boleh menyerang mereka. Harapnya ia akan menjadi perlawanan yang menarik buat penyokong kami," ujarnya.Pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), penyerang import, Chrigor Moraes muncul wira pasukan apabila meledak dua gol pada minit ke-38 dan ke-58 manakala gol Nam Dinh Nguyen Van Vi.

Go to News Site