Collector
BISA 2026: 'Kerja kuat, makan duit halal' - Ameer Mydin | Collector
BISA 2026: 'Kerja kuat, makan duit halal' - Ameer Mydin
Sinar Harian

BISA 2026: 'Kerja kuat, makan duit halal' - Ameer Mydin

PETALING JAYA - Usahawan muda diingatkan agar tidak mengejar kekayaan semata-mata kerana kejayaan dalam dunia perniagaan menuntut kesabaran, kerja keras dan prinsip yang kukuh.Prinsip tersebut dipegang oleh Pengarah Urusan Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin yang berjaya membina kejayaan setelah lebih 60 tahun mengusahakan perniagaan yang dekat di hati masyarakat."Kalau kekayaan tu datang cepat sangat, dia akan hilang pun cepat sangat. Jadi eloknya kita banyak bersabar. Lupakan nak jadi orang kaya. Lupakan nak jadi seorang yang masyhur."Kita kerja kuat. Makan duit halal. Insya-ALLAH, perlahan-lahan, what you deserve, you will get," katanya sempena Malam Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026, di Royale Chulan Damansara, di sini, pada Rabu.Mydin merangkul dua pengiktirafan apabila menerima Anugerah Hypermarket Pilihan Rakyat dan turut menerima salah satu daripada lima Anugerah Khas Juri.Ameer berkata, anugerah diterima menjadi simbol penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan semua kakitangan yang bekerja keras sejak penubuhan syarikat tersebut kira-kira 68 tahun lalu."Anugerah ini bukan untuk saya seorang. Ia untuk semua pekerja Mydin yang bekerja kuat selama ini."Kita bekerja bersama-sama sebagai satu keluarga. Inilah dedikasi yang saya mahu berikan kepada keluarga dan semua staf yang bekerja selama ini," katanya.Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perancangan baharu syarikat yang bakal membuka kira-kira 20 cawangan baharu tahun ini menerusi konsep lebih kecil dan dekat dengan kawasan perumahan.Jelasnya, langkah tersebut selari dengan perubahan trend pengguna yang kini lebih mementingkan faktor kemudahan, kecekapan dan lokasi berhampiran rumah."Mydin terkenal sebagai hypermarket, tetapi kali ini modelnya sedikit berbeza."Kita akan buka cawangan enam pintu, lapan pintu atau 10 pintu kedai sahaja. Ia bukan mini market dan bukan hypermarket, tetapi lebih kepada konsep supermarket," katanya.Menurut beliau, perniagaan perlu sentiasa berubah mengikut kehendak pasaran dan tidak boleh terlalu selesa dengan formula lama."Kita kena ikut trend. Apa yang kita buat dahulu tidak semestinya paling betul untuk selamanya."Sekarang orang mahu beli barang di tempat paling dekat dengan rumah mereka. Orang mahukan efficiency and pricing," katanya.

Go to News Site