Sinar Harian
KLANG – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 22 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Hijrah 2 Rantau Panjang di sini sejak 29 April lalu.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Nurul Shafiqa Shahira Abdul Rahman pada jam 9.42 malam."Wanita itu berketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 80 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut ikal paras bahu, berhidung lebar, berbibir tebal dan bermata hitam," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-32913344 atau mana-mana balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Nor Azrizal Nor Ismail di talian 019-6474043 bagi membantu siasatan," katanya.
Go to News Site