Collector
'Saya gagal satukan Melayu' - Tun M | Collector
'Saya gagal satukan Melayu' - Tun M
Sinar Harian

'Saya gagal satukan Melayu' - Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyatu padukan orang Melayu meskipun telah berusaha lebih dua tahun ke arah itu.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau perlu menerima hakikat bahawa usaha berkenaan tidak berjaya."Saya telah usaha lebih dari dua tahun untuk menyatu orang Melayu. Saya perlu akui saya gagal," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Khamis.Menurut Tun Dr Mahathir, kegagalan itu menyebabkan negara berdepan risiko terlepas daripada tangan orang Melayu."Negara tercinta ini akan terlepas dari tangan orang Melayu."Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama," katanya.Hantaran bekas Perdana Menteri itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya meminta agar beliau tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya terhadap dirinya.Rata-rata pengguna berpandangan keadaan itu berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang tidak bersatu dan mempunyai kepentingan sendiri tanpa memikirkan agenda bangsa.

Go to News Site