Collector
Sindiket sorok syabu dalam kereta terpakai tumpas, rampasan lebih RM18 juta | Collector
Sindiket sorok syabu dalam kereta terpakai tumpas, rampasan lebih RM18 juta
Sinar Harian

Sindiket sorok syabu dalam kereta terpakai tumpas, rampasan lebih RM18 juta

TAWAU - Cubaan sindiket pengedaran dadah menggunakan kenderaan terpakai bagi menyembunyikan syabu untuk diseludup ke negeri ini akhirnya terbongkar apabila polis berjaya menumpaskan rangkaian berkenaan menerusi dua operasi berasingan di Tawau dan Sarawak.Dalam operasi tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) turut merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM18.79 juta serta menahan empat lelaki tempatan berusia antara 34 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan pada 21 April dan 1 Mei lalu di Sabah, hasil kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di Batu 15, Jalan Apas, di sini membawa kepada penahanan dua suspek bersama sebuah Toyota Harrier sebelum pemeriksaan menemukan 128 paket plastik lutsinar berisi syabu seberat 130.60 kilogram."Susulan itu, serbuan kedua dilakukan ke atas dua lagi kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Toyota Camry di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas."Hasil pemeriksaan menemukan 85 bungkusan syabu seberat 90.41 kilogram serta 488 bungkusan cecair disyaki fentanyl sebanyak 0.98 liter dalam Nissan Sylphy," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Khamis.Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas Toyota Camry pula menemukan 99 bungkusan syabu seberat 102.90 kilogram.Katanya, jumlah keseluruhan rampasan di Sabah membabitkan 323.91 kilogram methamphetamine dan 0.98 liter fentanyl dengan nilai dianggarkan RM16.34 juta."Rampasan ini boleh menjejaskan kira-kira 1.58 juta pengguna dadah."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Januari lalu dengan modus operandi menggunakan kenderaan terpakai serta ruang tersembunyi dalam kenderaan sebelum dadah diseludup masuk ke Sabah," katanya.Menurutnya lagi, siasatan mendapati seorang suspek berperanan sebagai penghantar atau transporter, manakala seorang lagi dipercayai ahli sindiket."Hasil semakan juga mendapati suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan jenayah, manakala suspek kedua mempunyai dua rekod jenayah."Kedua-dua suspek telah didakwa di mahkamah semalam," katanya.Beliau berkata, pihaknya turut menyita harta berkaitan sindiket bernilai RM34,000 termasuk sebuah Volkswagen Passat, motosikal Yamaha Y16ZR dan wang tunai RM8,000.Sementara itu, dalam operasi berasingan dikenali Op Coleoptera di Sarawak pada 2 Mei lalu, JSJN menahan dua lelaki tempatan di Miri.Katanya, pemeriksaan di dua rumah berjaya merampas wang tunai RM820,000 selain beberapa kenderaan mewah termasuk Mercedes G-Wagon Brabus, dua Ford Mustang dan Toyota Harrier."Suspek pertama dipercayai ketua sindiket manakala suspek kedua berperanan sebagai rakan kongsi atau transporter."Sindiket ini dipercayai aktif sejak Jun tahun lalu dengan modus operandi menyeludup bekalan dadah menggunakan pelbagai kaedah termasuk penghantaran kontena melalui laluan laut sebelum diedarkan ke Sabah, Sarawak dan pasaran antarabangsa," katanya.Menurutnya, jumlah keseluruhan sitaan di Sarawak dianggarkan RM2.42 juta."Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Go to News Site