Collector
BISA 2026: Casalwa perkukuh visi buka lebih banyak peluang pekerjaan | Collector
BISA 2026: Casalwa perkukuh visi buka lebih banyak peluang pekerjaan
Sinar Harian

BISA 2026: Casalwa perkukuh visi buka lebih banyak peluang pekerjaan

PETALING JAYA - Pengiktirafan diterima Casalwa Holding Sdn Bhd sebagai penerima Anugerah Ikon Pereka Fesyen Moden Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 dan Anugerah Pilihan Juri bukan sekadar membuktikan kejayaan jenama tersebut dalam industri fesyen Muslimah moden, malah menjadi pemangkin untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.Pengarah Urusan dan Pengasasnya, Datin Sharifah Salwa Syed Shafie berkata, anugerah tersebut memberi suntikan semangat buat beliau dan pasukan untuk terus memperbaiki perniagaan yang dibina sejak sekian lama.Menurutnya, kejayaan tersebut hasil usaha seluruh pasukan yang sentiasa bekerja keras memberikan yang terbaik buat jenama Casalwa."Anugerah ini memberi semangat untuk saya sendiri bersama dengan pasukan untuk berusaha ke arah yang lebih baik."Sejujurnya saya pun tidak sangka menerima anugerah juri dan saya sangat bersyukur kerana pengiktirafan ini mungkin menjadi pemangkin untuk kami terus melangkah lebih jauh," katanya ditemui Sinar Harian ketika Malam BISA 2026, di Royale Chulan Damansara, di sini, pada Rabu.Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim menyampaikan Anugerah Pilihan Juri kepada lima penerima BISA 2026 terpilih.Turut hadir, Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli; Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan & Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi; Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohamed Fahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf Mall Sdn Bhd, Izzat Izhar Muhammad Nasir.Mengulas lanjut, Sharifah Salwa berkata, misi utama membina perniagaan adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada seramai mungkin khususnya golongan muda yang mahu membina kerjaya dalam bidang fesyen.Justeru katanya, pengiktirafan yang diterima memberi motivasi untuk beliau terus bergerak ke hadapan."Sebenarnya kalau ikut ‘big why’ saya, tujuan utama saya membuka perniagaan ini adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada seramai mungkin."Sekarang ini kami juga aktif mengambil pelajar latihan industri daripada pelbagai kolej untuk mengasah dan mengetengahkan bakat mereka dalam bidang fesyen."Sebab kadang-kadang pelajar ini kalau kita tidak beri peluang, mungkin mereka sendiri tidak tahu kemampuan yang ada pada diri mereka," ujarnya.Mengulas perancangan akan datang, beliau berkata, syarikat kini memberi fokus terhadap penambahbaikan teknologi termasuk memperkukuhkan penggunaan media sosial dan platform digital dalam memperluaskan jenama Casalwa.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Lebih 30 usahawan dalam pelbagai sektor dan industri menerima pengiktirafan BISA 2026 selaku peneraju dalam bidang masing-masing.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan.

Go to News Site