Collector
BISA 2026: Pesakit jadi 'marketer' promosi jenama ANDORRA sehingga dikenali ramai | Collector
BISA 2026: Pesakit jadi 'marketer' promosi jenama ANDORRA sehingga dikenali ramai
Sinar Harian

BISA 2026: Pesakit jadi 'marketer' promosi jenama ANDORRA sehingga dikenali ramai

PETALING JAYA - Pengiktirafan Anugerah Hospitaliti Premium Wanita dan Anugerah Pilihan Juri menerusi Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 memberikan motivasi kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA untuk terus mengorak langkah ke hadapan setanding jenama besar dalam industri penjagaan kesihatan.Demikian perkongsian Pengasas Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA, Dr Khamsiah Muda ketika ditanya tentang 'next move' jenama hospital terkemuka itu.Selain itu, beliau berkata, servis di ANDORRA yang sering menerima sambutan luar biasa daripada pesakit sehinggakan permintaan tidak putus-putus juga menjadi pembakar semangat untuk pihaknya menambah baik mutu perkhidmatan setiap masa."Selepas memperoleh pengiktirafan di BISA 2026, ia memotivasikan ANDORRA untuk mengorak langkah ke hadapan dengan lebih yakin setanding jenama besar yang lain dalam industri penjagaan kesihatan."Ini juga pemangkin kepada usaha meneruskan perjuangan ANDORRA dalam memartabatkan kaum wanita."Kami bersedia untuk memperbesarkan lagi pusat penjagaan ibu berpantang dan klinik pakar di Seri Kembangan, dalam masa sama sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan di ANDORRA," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas BISA Awards 2026 di Hotel Royale Chulan Damansara, di sini pada Rabu.Lebih 30 usahawan dan organisasi daripada pelbagai sektor menerima pengiktirafan dalam BISA 2026 menerusi 37 kategori secara keseluruhannya.Pengiktirafan itu meliputi bidang hospitaliti, fesyen, kesihatan, pendidikan, teknologi, peruncitan dan logistik yang dilihat menjadi pemacu utama pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Dr Khamsiah dalam masa sama menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat pelanggan yang sentiasa mempercayai dan menyokong ANDORRA sejak 2017.Baginya, pelanggan bukan sahaja pesakit, malah 'marketer' kerana sudi mempromosikan jenama ANDORRA kepada khalayak ramai khususnya kaum Hawa yang mendambakan keselesaan ketika bersalin dan berpantang."Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang bukan sahaja pengguna perkhidmatan, malah ‘marketer’ kami dalam mempromosikan ANDORRA."Sebenarnya ANDORRA menjadi begitu dikenali kerana pesakit-pesakit kami sendiri yang telah bercakap mengenai ANDORRA di luar sana. Jadi, kami merasa sangat terhutang budi dan amat menghargai jasa baik mereka."Strategi dan usaha pemasaran kami sedikit sahaja, selebihnya 'marketer' merangkap pesakit kami sendiri yang perkenalkan jenama ini," ujarnya.

Go to News Site