Sinar Harian
KOTA BHARU - Tahanan reman ke atas dua lelaki bersabit dengan kes bunuh pelajar perempuan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh di sini dijangka akan dilanjutkan.Ia selepas perintah reman yang diberikan selama tujuh hari oleh mahkamah akan tamat pada Jumaat.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung kes berkenaan."Tempoh reman terhadap dua lelaki berusia 19 tahun itu bergantung kepada keputusan pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.Sebelum itu Sinar Harian melaporkan mayat Nurfisya ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Ketereh oleh penduduk pada jam 12.22 tengah malam pada Jumaat.Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.
Go to News Site