Sinar Harian
PETALING JAYA - Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 melabuhkan tirai dengan menyaksikan lebih 30 usahawan menerima pengiktirafan atas kejayaan membina perniagaan mampan serta memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan.Pengiktirafan tersebut merangkumi pelbagai bidang termasuk hospitaliti, fesyen, kesihatan, pendidikan, teknologi, peruncitan dan logistik yang dilihat menjadi pemacu utama pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).Antara penerima BISA 2026 adalah Batik Air, menerima Anugerah Pengalaman Perjalanan Premium dan Christy Ng bagi Anugerah Inovasi Fesyen Digital.Perasmian BISA 2026 disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong di Royale Chulan Damansara, di sini pada Rabu.Hadir sama, Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.Berikut antara reaksi penerima BISA 2026 :"Rasa amat bersyukur kerana Christy Ng menerima pengiktirafan di BISA Awards 2026. Tiada perubahan besar yang akan dibuat cuma selepas ini saya dan pasukan bekerja lebih keras untuk memastikan jenama Christy Ng terus berkembang serta dikenali pelanggan dari seluruh pelusuk dunia,"Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng, Christy Ng (Penerima Anugerah Inovasi Fesyen Digital)----------"Kami menyasarkan tambahan 10 lagi pesawat Batik Air untuk beroperasi pada tahun ini memandangkan sekarang ada 53 unit. Dengan berbekalkan 63 pesawat di samping mendepani krisis semasa, syarikat cuba untuk meminimumkan kos tetapi dalam masa sama memaksimumkan hasil,"Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy iaitu Seif Shaquille Shahril (Penerima Anugerah Pengalaman Perjalanan Premium)--------"Anugerah BISA 2026 ini memberikan semangat kepada Angkasa untuk membawa gerakan koperasi ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang kerana kita tahu gerakan koperasi adalah satu gerakan rakyat yang perlu diperkasakan untuk beri manfaat kepada ahli-ahli koperasi serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi."Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Bhd (Angkasa), Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (Penerima Anugerah Kelestarian Korporat: Koperasi Lestari)---------"Pengiktirafan ini memberi motivasi kepada saya dan semua warga kerja EON untuk terus bekerja dengan lebih keras lagi. Kami sasarkan untuk mengembangkan lagi perniagaan, dapatkan lagi jenama-jenama baharu dan pastikan pelanggan-pelanggan EON gembira serta sentiasa datang balik kepada EON bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan."Ketua Pegawai Operasi Peruncitan Automotif EON Bhd, Mohammad Azwan Yahaya(Penerima Anugerah Kecemerlangan Korporat Automotif)---------"Walaupun pernah menang anugerah lain dalam kategori-kategori yang lain yang mengajuran pihak ketiga dan lain-lain, tapi ini adalah yang kali pertama pihak media memberikan anugerah kepada kami sebagai usahawan. Jadi ini satu pengalaman yang besar kerana mengiktiraf kejayaan kumpulan syarikat KRU dan sumbangan saya, Yusri dan Edri kepada industri, ini satu penghargaan yang begitu bermakna bagi saya dan bagi KRU."Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim(Penerima Anugerah Peneraju Industri Kreatif)--------"Ini adalah permulaan kepada satu tanggungjawab yang lebih besar untuk Saloma Kuala Lumpur sebagai platform untuk mengetengahkan budaya dan warisan negara. Sasaran lepas ni kami mahu meningkatkan lagi tahap perkhidmatan kepada pelanggan kerana kami gembira dan termotivasi apabila dapat lihat pelanggan menjadikan Saloma KL untuk berkumpul. Kami mahu pelanggan pulang dengan gembira."Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Seri Dr Riza Che Umar(Penerima Anugerah Ikon Pelancongan Gastronomi Warisan)--------Anugerah ini memberi motivasi untuk saya teruskan perjuangan apa yang sedang dibina. Setelah 9 tahun dalam industri, 80 peratus pasaran adalah luar negara jadi kami akan kembangkan ke Indonesia dan Central Asia. Harap dengan pengiktirafan dan pengaruh Sinar Harian, kami juga dapat kembangkan lagi pasaran untuk segmen Melayu."Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif SuperLife World Malaysia, Lai Tek Kean(Penerima Anugerah Peneraju Inovasi Kesihatan Global)
Go to News Site