Collector
SPRM selesai rekod keterangan Rafizi berkait pelaburan RM1.1 bilion | Collector
SPRM selesai rekod keterangan Rafizi berkait pelaburan RM1.1 bilion
Sinar Harian

SPRM selesai rekod keterangan Rafizi berkait pelaburan RM1.1 bilion

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merekod percakapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.Rakaman percakapan itu dibuat susulan siasatan terhadap urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK menerusi satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, sesi rakaman percakapan Rafizi pada Khamis bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 4.30 petang.Menurutnya, sesi pada hari ini merupakan hari keempat dan terakhir rakaman percakapan dijalankan terhadap bekas Menteri Ekonomi itu."Hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan Rafizi yang telah bermula sejak Isnin lalu."Sesi rakaman percakapan Rafizi untuk hari ini yang bermula jam 10 pagi tadi telah berakhir jam 4.30 petang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, SPRM dilaporkan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan membabitkan nilai RM1.1 bilion.Siasatan tertumpu kepada kerjasama strategik industri semikonduktor melibatkan Kementerian Ekonomi dan ARM Limited UK.Sinar Harian sebelum ini melaporkan bekas Menteri Ekonomi itu mula dirakam keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu.Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan telah diambil termasuklah dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.SPRM pada minggu lalu telah merakam keterangan bekas pegawai Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu Chai Jin Shern atau James Chai.

Go to News Site