Collector
MTUC kena bubar sementara, gagal patuhi arahan JPPM | Collector
MTUC kena bubar sementara, gagal patuhi arahan JPPM
Sinar Harian

MTUC kena bubar sementara, gagal patuhi arahan JPPM

SHAH ALAM - Tindakan penguatkuasaan terhadap Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dilaksanakan selaras peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966.JPPM dalam satu kenyataan berkata, ia juga berdasarkan penelitian terhadap ketidakpatuhan berterusan terhadap arahan bertulis yang telah dikeluarkan jabatan sebelum ini.Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut diambil susulan kegagalan MTUC mematuhi arahan JPPM bertarikh 6 April 2026."Khususnya berkaitan penyerahan penyata kewangan dan kunci kira-kira yang telah diaudit, termasuk maklumat berhubung kewangan atau harta yang diterima daripada sumber luar negara bagi tempoh 2020 hingga 2025."Oleh itu, JPPM menegaskan bahawa pengeluaran Perintah Pembubaran Sementara terhadap MTUC dilaksanakan sepenuhnya."JPPM menegaskan bahawa setiap tindakan pengawalseliaan terhadap pertubuhan berdaftar dilaksanakan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa," kata kenyataan itu.Sebelum ini, MTUC yang menjadi suara utama pekerja negara sejak 77 tahun lalu terbubar sementara berkuat kuasa serta-merta pada Khamis susulan perintah yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Menerusi satu surat yang dilihat Sinar Harian, RoS berkata, tindakan mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 itu diambil selepas MTUC didakwa gagal mengemukakan sebahagian dokumen dan maklumat yang diminta RoS dalam tempoh ditetapkan.Tambah JPPM, jabatan ini tidak dipengaruhi oleh sebarang kepentingan mana-mana pihak dan setiap keputusan dibuat berdasarkan penelitian dokumen, fakta serta pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan.Jelas kenyataan itu, sehubungan itu, MTUC mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan."Sekiranya tiada rayuan dikemukakan dalam tempoh tersebut atau rayuan ditolak, Perintah Pembubaran Sementara berkenaan akan berkuat kuasa secara muktamad selaras dengan peruntukan undang-undang."JPPM kekal komited melaksanakan tanggungjawab pengawalseliaan secara tegas, adil dan berintegriti bagi memastikan setiap pertubuhan berdaftar beroperasi secara teratur, telus serta mematuhi kehendak perundangan negara," kata kenyataan itu.

Go to News Site