Sinar Harian
SHAH ALAM - Pelanggan berpeluang menikmati pengalaman luar biasa apabila boleh membeli kereta pada waktu pagi dan terus memandu pulang petang pada hari yang sama menerusi EON & Sahabat Autofest 2026 (Autofest) bermula 8 hingga 10 Mei 2026.Ketua Pegawai Operasi Peruncitan Automatif EON Berhad, Mohammad Azwan Yahaya berkata, pendekatan tersebut merupakan antara pembaharuan utama yang diketengahkan dalam penganjuran kali ini."Kita semua pernah beli kereta dan tahu prosesnya. Kadang-kadang ia boleh menjadi satu proses yang susah dan mengambil masa tiga hari dan sehingga sebulan."Satu perkara yang kita hendak cuba capai pada kali ni adalah pelanggan kita datang pada pagi hari dan pulang dengan kereta baru pada petang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di EON Glenmarie pada Selasa.EON & Sahabat Autofest 2026 berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei dari jam 11 pagi hingga 7 malam dan Sabtu sehingga 10 malam di EON Glenmarie, di sini.Mohammad Azwan berkata, usaha itu dicapai melalui penambahbaikan proses pembelian lebih efisien termasuk pengurangan kebergantungan kepada dokumen fizikal.Tambahnya, proses kelulusan juga dipercepatkan dengan sokongan rakan strategik seperti institusi kewangan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).Beliau berkata, kerjasama itu membolehkan keseluruhan proses daripada tempahan, pemeriksaan hingga kelulusan pinjaman diselesaikan dalam tempoh singkat.Menurut Mohammad Azwan, pendekatan itu menjadi antara game changer yang membezakan EON & Sahabat Autofest kali ini berbanding penganjuran lain.Tambahnya, pelbagai tawaran menarik turut disediakan ketika program itu termasuk kadar pembiayaan serendah 0.77 peratus serta kelulusan pinjaman pantas menerusi platform digital."Melalui EON & Sahabat Autofest tahun ini, kita ingin menjadikannya sebagai platform untuk bantu pelanggan melihat anggaran kos pemilikan secara telus dan tawaran pinjaman dengan segera," ujarnya lagi.Lebih menarik, kongsi beliau, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik termasuk kereta Proton e.MAS , motosikal, pakej percutian dan banyak lagi.Pendekatan baharuMenurutnya, program tahunan itu bukan sekadar kesinambungan penganjuran terdahulu, sebaliknya tampil dengan pelbagai penambahbaikan serta pendekatan baharu lebih menyeluruh, interaktif dan imersif dengan penerapan nilai digital lebih mendalam.Tambah beliau, EON & Sahabat Autofest membawa konsep automotive lifestyle festival yang berorientasikan gaya hidup pelanggan dan tidak hanya tertumpu kepada jualan semata-mata.Lebih penting kongsinya, Autofest kali ini mengumpulkan keseluruhan ekosistem merangkumi jualan, selepas jualan, pembiayaan daripada institusi kewangan, insurans, mobiliti alternatif dan servis dalam satu lokasi.Mohammad Azwan memaklumkan, pihaknya menawarkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung dengan tambahan dua jenama baharu, sekali gus membolehkan pelanggan membuat perbandingan dalam satu lokasi dan mempercepatkan keputusan pembelian."Jenama Hyundai adalah satu jenama baru yang kita ada pada tahun ini untuk EON & Sahabat Autofest. Program ini juga platform untuk kami melancarkan satu lagi jenama baru iaitu Budget di bawah AVIS," katanya.Sasar 1,300 tempahan keretaMengulas lanjut, beliau berkata, EON & Sahabat Autofest kali ini menggabungkan jualan, hiburan dan aktiviti keluarga, selain sambutan Hari Ibu turut diadakan pada hari Ahad sebagai tarikan kepada pengunjung.Menurutnya, EON & Sahabat Autofest bukan sekadar program jual kereta, tetapi lebih kepada festival untuk keluarga datang bersantai serta bertemu semula rakan strategik, ia menggabungkan elemen automotif, hiburan dan gaya hidup.Mohammad Azwan berkata, EON turut menyasarkan 1,300 tempahan kereta sepanjang tiga hari penganjuran dengan kehadiran kira-kira 8,000 pengunjung.Selain itu, beliau menyifatkan, Autofest 2026 itu turut berperanan sebagai platform mendidik pengguna mengenai kenderaan elektrik (EV).Tambahnya, pengunjung juga akan didedahkan dengan aspek kos, infrastruktur pengecasan serta perbandingan dengan kenderaan petrol ketika program itu.
Go to News Site