Sinar Harian
Bagi ramai rakyat Malaysia, menjana pendapatan tambahan sebelum ini sering bergantung kepada pekerjaan sambilan atau sumber pendapatan kecil-kecilan yang mempunyai ruang pertumbuhan terhad. Namun, keadaan itu kini mula berubah secara perlahan tetapi semakin ketara.Di seluruh negara, semakin ramai individu memanfaatkan platform digital bukan sahaja untuk menambah pendapatan isi rumah, tetapi juga untuk mengembangkan perniagaan secara lebih mampan, meluaskan capaian pasaran, dan membuka peluang baharu di luar rangkaian sedia ada.Seiring peningkatan kos sara hidup dan perubahan tekanan ekonomi semasa, kepelbagaian sumber pendapatan menjadi semakin penting.Platform digital khususnya membantu perniagaan berkembang dengan lebih cekap melalui akses kepada pasaran yang lebih luas, pelanggan baharu, serta pelbagai alat yang menyokong pertumbuhan jangka panjang, sama ada secara dalam talian mahupun fizikal.Program seperti NADI Usahawan @ Shopee yang dijalankan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut membantu melengkapkan bakal usahawan dengan pengetahuan praktikal e-dagang dan kemahiran digital untuk berkembang dengan lebih yakin dalam talian.Apabila keperluan menjadi peluangBagi Nahdatul Izah Md Yasan, pengasas Kedai Cincin Nimy di Melaka, langkah memasuki dunia e-dagang bukanlah sesuatu yang dirancang.Perniagaannya bermula pada tahun 2018 menerusi media sosial, dengan Shopee pada ketika itu hanya memainkan peranan sampingan.Keadaan berubah pada tahun 2020 apabila suaminya kehilangan pekerjaan. Apa yang sebelum ini sekadar sumber pendapatan tambahan bertukar menjadi keperluan kewangan utama keluarga.Pada masa sama, beliau perlu belajar menyesuaikan diri dengan dunia jualan dalam talian melalui proses cuba dan gagal.Lama-kelamaan, beliau mula memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri yang tersedia di Shopee, daripada memperkemas paparan produk dan visual hinggalah menggunakan Shopee Live serta menyertai kempen jualan.Semua ini membantu meningkatkan keterlihatan jenamanya dan menukar interaksi pelanggan kepada jualan secara lebih konsisten.Baru-baru ini, beliau turut menyertai program NADI Usahawan @ Shopee yang memberikan lebih struktur kepada usaha tersebut.Melalui kelas online daripada ShopeeUni webinar dan sokongan praktikal, beliau mula mengaplikasikan apa yang dipelajari secara lebih strategik, termasuk memperkemas pendekatan perniagaan dan menggunakan pelbagai alat platform dengan lebih berkesan.Sedikit demi sedikit, perubahan ini mula membuahkan hasil. Hari ini, perniagaannya menjadi sumber pendapatan yang lebih stabil, disokong oleh penilaian pelanggan yang baik serta permintaan yang konsisten.Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki juga membolehkan beliau membimbing usahawan lain dalam komunitinya.Melangkaui batas perniagaan fizikalDi Ipoh, perjalanan Suhaida Ahmed pula bermula daripada titik yang berbeza, tetapi membawa perubahan yang hampir serupa. Sebagai pengasas FigFarm Agro Shoppe, beliau telah membina perniagaan nurseri fizikal yang berkembang melalui kunjungan pelanggan ke tapak perniagaan (walk in) dan penyertaan dalam ekspo.Namun, saluran tersebut mempunyai cabarannya yang tersendiri. Penyertaan ekspo memerlukan kos permulaan yang tinggi, manakala capaian pelanggan pula terhad kepada lokasi dan tempoh tertentu.Walaupun beliau sudah mempunyai kedai di Shopee, operasi fizikal masih menjadi keutamaan, menyebabkan peluang dalam talian belum dimanfaatkan sepenuhnya.Menyedari perubahan tingkah laku pengguna yang semakin beralih ke platform digital, beliau mula mengambil peranan lebih aktif dalam menguruskan kedainya sendiri.Apabila semakin terlibat secara langsung, beliau mula menambah baik deskripsi produk, meningkatkan keterlihatan kedai, dan berinteraksi dengan pelanggan dengan lebih efektif menerusi platform tersebut.Penyertaannya dalam program NADI Usahawan @ Shopee kemudiannya membantu mengukuhkan lagi peralihan ini melalui panduan praktikal yang mudah difahami dan melengkapkan usaha yang telah dimulakan sebelum ini.Kesannya jelas kelihatan. Perniagaannya kini mencatat prestasi dalam talian yang lebih kukuh dengan peningkatan pelanggan berulang.Keterlihatan jenama yang lebih baik juga membantu pengembangan ke saluran runcit lain, sekali gus mengukuhkan perniagaan merentasi platform digital dan fizikal.Memanfaatkan akses digital secara berkesanKisah seperti ini mencerminkan satu realiti yang lebih besar - akses kepada platform digital hanyalah sebahagian daripada proses.Bagi ramai usahawan baharu, cabaran sebenar adalah memahami cara menggunakan alat digital secara efektif, daripada menarik pelanggan hinggalah mengurus operasi dan mengekalkan pertumbuhan perniagaan dalam jangka panjang.Di sinilah pentingnya usaha ekosistem yang lebih menyeluruh. Melalui inisiatif seperti NADI Usahawan @ Shopee, peserta diberi peluang membina kemahiran serta mendapat pendedahan yang lebih tersusun terhadap pengurusan e-dagang.Ditubuhkan dibawah usaha MCMC untuk memperluaskan akses digital kepada komuniti setempat, pusat NADI kini berkembang menjadi ruang yang membuka peluang ekonomi baharu kepada masyarakat.Kerjasama dengan rakan platform seperti Shopee membantu merapatkan jurang antara akses dan aplikasi, sekali gus membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran digital dalam usaha menjana pendapatan.Peserta juga diberi pendedahan kepada proses e-dagang sebenar, merangkumi pembukaan kedai dan penghasilan kandungan sehinggalah berinteraksi dengan pelanggan melalui ciri seperti siaran langsung dan kempen jualan.Kemahiran ini turut diperkukuhkan melalui bimbingan mentor serta pembelajaran bersama komuniti usahawan lain.Bagi usahawan seperti Nahdatul dan Suhaida, gabungan akses dan sokongan praktikal ini membantu meningkatkan keyakinan serta menukar percubaan awal kepada pertumbuhan yang lebih konsisten.Perubahan landskap penjanaan pendapatan masa kini Secara keseluruhannya, kisah mereka menunjukkan peralihan jelas dalam cara masyarakat memperoleh pendapatan, melangkaui sekadar penggunaan digital kepada transformasi dalam cara perniagaan dibina dan dikembangkan.Semakin ramai usahawan kini tidak lagi bergantung kepada satu sumber pendapatan, sebaliknya mempelbagaikan saluran perniagaan dengan menggabungkan kedai fizikal dan digital, selain memanfaatkan alat baharu seperti pemasaran afiliasi (affiliate marketing) dan penstriman langsung untuk mencapai lebih ramai pelanggan.Impaknya bukan sekadar pada individu. Apabila usahawan berkongsi pengalaman, membantu rakan komuniti dan membuka peluang kepada orang lain, ia secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi tempatan yang lebih berhubung dan berdaya tahan.Dari usaha kecil ke pertumbuhan jangka panjangSeiring perkembangan ekonomi digital Malaysia, fokus kini bukan lagi sekadar akses, tetapi kepada apa yang mampu dibina dalam jangka panjang.Bagi ramai individu, perjalanan ini mungkin bermula dengan satu produk atau perniagaan kecil dalam talian. Namun, dengan sokongan yang tepat, permulaan ini berupaya berkembang daripada skala kecil kepada asas perniagaan yang lebih stabil dan mampan.Bagi Nahdatul dan Suhaida, perubahan ini bukan lagi sekadar jangkaan, tetapi telahpun berlaku. Apa yang mungkin bermula sebagai perniagaan kecil dalam talian kini menjadi perniagaan yang lebih berstruktur, berdaya saing dan kukuh untuk berkembang dalam jangka panjang.Peralihan daripada pendapatan sampingan kepada sumber pendapatan yang lebih stabil ini, terserlah gambaran yang lebih luas tentang bagaimana rakyat Malaysia sedang membentuk semula makna pekerjaan, pendapatan dan peluang dalam ekonomi digital yang terus berkembang.
Go to News Site