Sinar Harian
MAKKAH – Seorang jemaah haji lelaki Malaysia menjadi kematian ketiga direkodkan dalam kalangan jemaah negara ini bagi musim haji 1447 Hijrah selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Khamis.Dalam kenyataan pada Jumaat, Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan Allahyarham yang berusia 55 tahun berasal dari Cheras, Selangor dan hadir menunaikan ibadah haji bersama isteri serta empat ahli keluarga.Menurut TH, Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Makkah."Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung."Jenazah kemudian dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea di Makkah," menurut kenyataan itu.TH turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat.
Go to News Site