Collector
Suami maut, isteri parah dipukul penyamun | Collector
Suami maut, isteri parah dipukul penyamun
Sinar Harian

Suami maut, isteri parah dipukul penyamun

MANJUNG - Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas dipercayai dibelasah dalam kejadian samun di sebuah rumah di Jalan Melayu, Ayer Tawar dekat sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5.30 pagi.Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius akibat dipukul suspek berusia 27 tahun menggunakan objek keras."Jiran mangsa yang terdengar bunyi bising telah datang membantu sebelum membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan."Bagaimanapun, mangsa lelaki berusia 84 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Hasbullah berkata, suspek turut melarikan dua telefon bimbit dan sebuah beg duit milik mangsa sebelum melarikan diri.Menurutnya, hasil risikan dan maklumat yang diperoleh, sepasukan polis daripada Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya menahan suspek pada hari sama kira-kira jam 7.45 malam.Katanya, polis turut merampas semula barangan milik mangsa yang dipercayai dilarikan suspek.Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 serta Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Sementara itu, Hasbullah turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan hadir ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-6828005.

Go to News Site