Collector
'Arwah letak nama ‘syurga’ pada nombor telefon ibu' | Collector
'Arwah letak nama ‘syurga’ pada nombor telefon ibu'
Sinar Harian

'Arwah letak nama ‘syurga’ pada nombor telefon ibu'

SUNGAI PETANI - "Arwah letak nama ‘syurga’ pada nombor telefon ibu, ibu doakan dia jadi penghuni syurga."Demikian luahan Hasliza Harun, 48, berhubung kematian anak keduanya, Amir Hamzah Samsul, 20, yang disahkan meninggal dunia dalam kebakaran rumah mereka di Bandar Seri Astana pada Jumaat.Walaupun dalam keadaan sugul, Hasliza mendoakan anaknya yang merupakan pelajar Kolej Vokasional Butterworth itu dikurniakan tempat dalam syurga.Selain meninggal dunia pada hari Jumaat, Amir juga disifatkan sebagai seorang anak yang baik, ringan tulang dan tidak banyak bercakap."Anak yang sangat baik, tidak banyak cakap, rajin. Bila minta tolong, dia akan cuba penuhi. Lambat atau cepat tetap buat. Apabila ditanya bila hendak kahwin sebab ada kawan-kawan sudah kahwin, dia jawab tidak mahu lagi sebab abang hendak jaga ibu," jelasnya sebak.Hasliza ditemui media ketika berada di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pada Jumaat.Difahamkan, ketika kejadian, Hasliza dan suami, Samsul Khairuddin, 53, bersama tiga anak mereka yang berusia antara 12 hingga 22 tahun berada di rumah terbabit semasa kebakaran berlaku.Suaminya, Samsul turut dikejarkan ke HSAH dipercayai akibat mengalami sesak nafas.Bagaimanapun, katanya, jenazah Amir Hamzah seterusnya dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zaki Senik berkata, mangsa maut dijumpai di ruang loteng rumah pada jam 5.23 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 4.51 pagi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah dengan api sedang marak."Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah dan dipercayai bermula dari bahagian hadapan. Sebuah kereta Perodua Alza musnah 90 peratus manakala empat motosikal turut terjejas," katanya.Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 pagi.Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat.

Go to News Site