Sinar Harian
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan sembilan negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Semenanjung ialah Kedah melibatkan Sik dan Baling.Turut terjejas ialah Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin."Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin," menurut kenyataan itu hari ini.Selain itu, cuaca buruk turut dijangka melibatkan seluruh Melaka dan Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Di Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit melibatkan Song, Bintulu serta Miri melibatkan Subis dan Beluru.Bagi Sabah pula, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan selain Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.Turut terlibat ialah kawasan Tawau melibatkan Tawau dan Lahad Datu, Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat.Cuaca buruk sama turut dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.
Go to News Site