Sinar Harian
CEBU - Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah seperti pengurangan penggunaan petrol RON95, penguatkuasaan lebih ketat bagi membendung kebocoran dan ketirisan diesel serta usaha mengimport bekalan minyak, juga terbukti membantu dalam memperkukuh jaminan bekalan negara."Oleh itu dari segi penyediaan, (bekalan minyak ini) tidak begitu meresap (terjejas) sepertimana yang dialami pada dua bulan lepas," kata beliau kepada media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di sini pada Jumaat.Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status bekalan minyak negara yang sebelum ini dilaporkan mampu bertahan sekurang-kurangnya sehingga Jun ini. - Bernama
Go to News Site