Collector
Nurul Izzah curi perhatian pengunjung Quranic Madani | Collector
Nurul Izzah curi perhatian pengunjung Quranic Madani
Sinar Harian

Nurul Izzah curi perhatian pengunjung Quranic Madani

KUALA LUMPUR  - Kehadiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar ke program Quranic Madani di Bukit Bintang pada Jumaat malam mencuri perhatian ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan tumpuan pelancong itu.Beliau tiba kira-kira jam 9 malam dalam suasana hujan baru berhenti sambil disambut orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama.Walaupun program berlangsung dalam keadaan jalan sekitar Bukit Bintang sesak dan cuaca tidak menentu, orang ramai dilihat terus memenuhi lokasi program untuk bersama-sama berselawat, berzikir dan mendengar tausiah agama.Kehadiran Nurul Izzah dilihat menambah lagi kemeriahan program apabila beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan peserta termasuk golongan muda dan keluarga yang hadir.Rata-rata pengunjung menyifatkan program berkenaan berjaya membawa suasana damai di tengah kesibukan ibu kota selain menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang menerusi mesej kasih sayang dan perpaduan yang diketengahkan dalam Quranic Madani. Seorang pengunjung, Mohamad Anas Mohamad Nor, 30, berkata, program seperti itu memberi suasana baharu kepada Bukit Bintang yang kebiasaannya sinonim dengan hiburan dan kesibukan kota."Bila tengok ramai hadir walaupun hujan, saya rasa program macam ini memang dekat di hati masyarakat. Suasana dia tenang dan sangat menyentuh," katanya.Bagi Mohd Faizal Rahman, 34, pula, kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik menunjukkan program bercorak kerohanian mampu menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang."Ini bukan sekadar program agama, tetapi ruang untuk orang ramai berkumpul dan sebarkan mesej positif serta kasih sayang," katanya.

Go to News Site