Sinar Harian
PASIR PUTEH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut, manakala bapa saudaranya cedera selepas dipercayai dihempap tiang konkrit ketika bermain pasir berhampiran rumah mereka di Kampung Telaga Papan, Semerak di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof Nor Ismail meninggal dunia di lokasi kejadian manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir juga berusia 12 tahun dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan I Fakarudin Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 petang."Tiba di lokasi kejadian mereka mendapati kedua-dua mangsa yang dihempap telah berjaya diselamatkan oleh orang awam."Kami memberikan rawatan awal dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Menurut beliau, maklumat awal mendapati kedua-dua kanak-kanak lelaki ini dipercayai sedang bermain dan menggali lubang di kawasan tanah berpasir tersebut.Ujarnya, mereka kemudian dikatakan telah dihempap tiang konkrit yang kebetulan terletak berhampiran kawasan terbabit.
Go to News Site