Collector
Melihat teksi terbang di Guangzhou | Collector
Melihat teksi terbang di Guangzhou
Sinar Harian

Melihat teksi terbang di Guangzhou

GUANGDONG – Delegasi media negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) meneruskan penerbangan dari Beijing ke Guangdong bagi meneruskan lawatan sekitar Zhuhai, Guangzhou dan Shenzhen, iaitu lokasi berlangsungnya APEC 2026 pada November ini.Jika siri pertama menelusuri asas perancangan dan ekosistem inovasi di Beijing, siri kedua ini memperlihatkan bagaimana strategi tersebut diterjemahkan dalam bentuk fizikal dan teknologi.Guangdong sebagai nadi ekonomi di selatan China menjadi contoh jelas pembangunan bersepadu merangkumi pengangkutan masa depan, kejuruteraan mega, kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan global.Delegasi seramai 16 wartawan berpeluang melihat lebih dekat dron penumpang seperti EHang EH216-S atau lebih dikenali sebagai teksi terbang elektrik yang direka khusus untuk kegunaan bandar.Dilengkapi 16 rotor elektrik, ia mampu membawa dua penumpang dengan kelajuan mencecah 130 kilometer sejam dalam jarak penerbangan antara 30 hingga 35 kilometer bagi setiap operasi.Sistem kawalan sepenuhnya autonomi itu disokong pusat kawalan darat yang memantau setiap pergerakan secara masa nyata.Lebih signifikan, model itu memperoleh pensijilan daripada pihak berkuasa penerbangan awam China pada 2023, sekali gus menjadikannya antara dron penumpang pertama di dunia yang diluluskan untuk operasi komersial.Perkembangan itu memberi gambaran bahawa teknologi teksi terbang bukan lagi di peringkat eksperimen, sebaliknya sedang menuju ke arah penggunaan sebenar dalam bandar pintar.Di Shenzhen, syarikat BYD memainkan peranan penting dalam mobiliti darat dengan menghasilkan kenderaan elektrik seperti BYD Seal yang menggunakan teknologi Blade Battery.Bateri berasaskan lithium iron phosphate (LFP) itu terkenal dengan kestabilan haba dan tahap keselamatan lebih tinggi berbanding bateri konvensional.Selain itu, kawasan komersial Huaqiangbei menjadi pusat rantaian bekalan global bagi komponen elektronik.Di situ, pelbagai teknologi seperti cip mikro, sensor LiDAR dan modul pintar dibangunkan yang menjadi asas kepada sistem autonomi dalam dron serta kenderaan pintar.Terowong dasar laut dan cahaya LED Sungai PearlSelain pengangkutan udara, lawatan itu turut memperlihatkan keupayaan China dalam kejuruteraan infrastruktur berskala mega melalui Jambatan Hong Kong–Zhuhai–Macau.Struktur sepanjang kira-kira 55 kilometer itu menggabungkan jambatan dan pulau buatan serta merangkumi hampir 6.7 kilometer terowong dasar laut.Terowong tersebut dibina menggunakan teknologi elemen konkrit pratuang berskala besar dan disambungkan dengan ketepatan tinggi.Malah, ia dilengkapi sistem pemantauan tekanan air, pengudaraan dan keselamatan automatik bagi memastikan operasi berjalan lancar dalam persekitaran ekstrem.Projek yang bermula pada 2009 dan siap pada 2018 itu menjadi pemangkin kepada integrasi ekonomi di kawasan Delta Sungai Pearl, iaitu salah satu kluster ekonomi paling dinamik di dunia.Delegasi media turut dibawa makan malam di atas bot persiaran menyusuri Sungai Pearl di Guangzhou yang mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun sebagai laluan perdagangan utama.Dengan panjang sekitar 2,400 kilometer, Sungai Pearl merupakan sistem sungai ketiga terpanjang di negara itu dan memainkan peranan penting sejak era Dinasti Qin dan Han.Guangzhou pula pernah menjadi pelabuhan utama dalam jaringan perdagangan antarabangsa sebelum era moden.Kini, kawasan sepanjang lebih 20 kilometer di tebing sungai telah dibangunkan sebagai koridor bandar moden dengan sistem pencahayaan LED berskala besar.Bangunan tinggi dan jambatan dihiasi lampu pintar yang boleh diprogramkan secara digital.Antara ikon utama ialah Canton Tower setinggi 600 meter yang siap dibina pada 2010 dan dilengkapi ribuan lampu LED bagi menghasilkan paparan visual dinamik.Gabungan elemen sejarah, teknologi dan perancangan bandar menjadikan Sungai Pearl simbol transformasi Guangzhou daripada pelabuhan perdagangan tradisional kepada bandar pintar moden dan destinasi pelancongan global.Kampung bersejarah, opera klasik dan ubat tradisionalDi sebalik imej Guangdong sebagai hab teknologi dan inovasi moden, wilayah itu turut memperlihatkan pemeliharaan budaya, sejarah dan perubatan tradisional.Antaranya Yongqing Fang, sebuah kawasan kejiranan lama dengan lorong batu, bangunan klasik dan suasana perkampungan yang menggambarkan Guangzhou suatu ketika dahulu sebagai bandar perdagangan.Delegasi turut dibawa ke Cantonese Opera Art Museum yang diiktiraf sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2009.Muzium itu menampilkan koleksi kostum klasik, alat muzik tradisional dan teknologi paparan interaktif yang membolehkan pengunjung memahami evolusi seni persembahan tersebut dari zaman dinasti hingga era moden.Dalam masa sama, lawatan ke Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Perubatan Tradisional Cina Guangdong-Macau memperlihatkan bagaimana perubatan tradisional diperkasakan melalui penyelidikan saintifik moden.Di situ, herba tradisional diproses menggunakan sistem automasi dan teknologi analisis makmal berketepatan tinggi sebelum dipasarkan dalam bentuk kapsul, ekstrak dan formulasi moden.Secara keseluruhannya, lawatan delegasi media selama 14 hari di Beijing dan Guangdong memperlihatkan bahawa persiapan China sebagai tuan rumah APEC 2026 melibatkan pembangunan menyeluruh yang menggabungkan pengangkutan udara, kenderaan elektrik, AI, infrastruktur mega serta perdagangan.Dalam konteks APEC pula, pendekatan itu mencerminkan hala tuju Asia-Pasifik yang menekankan inovasi, keterhubungan dan pembangunan mampan secara kebersamaan.

Go to News Site