Sinar Harian
PONTIAN - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan diadakan di Johor Bahru pada Isnin depan, bukan sahaja bagi memperingati sejarah penubuhan 80 tahun parti itu, sebaliknya menjadi medan memperkukuhkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, buat pertama kali mesyuarat MKT diadakan di Ibu Pejabat UMNO Johor selepas berlangsung Melaka pada bulan lalu.Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, pemilihan Johor sebagai lokasi mesyuarat mempunyai signifikan tersendiri memandangkan UMNO ditubuhkan di negeri ini pada 11 Mei 1946 di Istana Johor."Kita berada di Johor untuk mengingati bahawa UMNO lahir di Istana Johor. Jadi sempena memperingati tarikh 11 Mei 1946."Selepas itu, mesyuarat MKT di Johor akan diadakan dengan memberi fokus kepada persediaan menghadapi PRN Johor yang dijangka berlangsung sama ada tahun ini atau tahun depan."Apabila MKT diadakan di Melaka, fokusnya tentulah kepada PRN Melaka. Apabila di Johor, tumpuannya kepada PRN Johor," katanya.Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian mengadakan lawatan ke Pasar Pagi Benut di Pekan Benut pada Sabtu.Timbalan Menteri Kerja Raya itu menambah kehadiran pimpinan tertinggi UMNO ke Johor membuktikan keseriusan parti dalam memperkukuhkan gerak kerja dan persediaan jentera di negeri berkenaan.Sebelum ini, UMNO turut mengadakan mesyuarat MKT di Sabah sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya negeri tersebut"Sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Johor, saya mengalu-alukan kehadiran Ahli MKT ke Johor," ujarnya.
Go to News Site